VITAMIN

Kunci kepada kehidupan sihat adalah sistem imun yang kuat dan sihat. Sistem imun merupakan satu rangkaian sel dan molekul yang canggih dan sangat menakjubkan. Ia bekerja siang dan malam untuk melindungi diri kita dari serangan virus, bakteria, mikrob, toksin dan parasit. Sekiranya sistem imun berada dalam keadaan sihat dan kuat, ia mampu melindungi kita dari terkena penyakit seperti kanser (barah), diabetes (kencing manis), asma (lelah), lemah jantung, gout, alergi, psoriasis dll.

Apabila kita meningkat usia, tahap kesihatan sistem imun semakin menurun dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Berbagai-bagai kajian saintifik yang dijalankan mendapati bahawa sistem imun kita tidak berfungsi dengan baik dan ia tidak lagi mampu melindingi kita dari serangan organisma asing. Sistem imun terjejas teruk oleh:

1. Kekurangan Zat Makanan

Pertanian cara moden telah mengurangkan zat dari bumi. Kajian melaporkan bahawa bumi telah kehilangan 90% dari bahan galiannya. Sidang Kemuncak Bumi 1992 melaporkan bahawa 99% dari penduduk Amerika menghadapai masalah kekurangan zat galian.
Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak. Ini membuatkan ia tidak sempat menghasilkan zat yang diperlukan oleh badan kita.
Kekurangan zat besi dan selenium, walau sedikit, boleh menjejaskan tahap imun badan. Selain dari itu, kekurangan vitamin A merupakan satu kebiasaan pada kanak-kanak dan ianya boleh melumpuhkan sistem imun.

2. Tabiat Makan Yang Buruk

Semua bentuk gula menjejaskan keupayaan sel darah putih membunuh bakteria atau organisma mikro. Laporan yang diterbitkan oleh Jurnal Permakanan Klinikal (Amerika) menyatakan bahawa dalam tempoh 30 minit selepas mengambil 4 oz gula, kemampuan sel darah putih membunuh penceroboh asing berkurangan sebanyak 50% dan ianya berlanjutan sehingga 5 jam.
Tahap kolestrol yang tinggi boleh menghalang keupayaan sel darah putih menggerakkan serangan ke atas organisma pembawa penyakit. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan, ia boleh mengurangkan kemampuan sel darah putih melawan penyakit.

3. Pencemaran

Beratus-ratus kajian saintifik menunjukkan bahawa racun serangga mengubah sistem imun badan binatang yang diuji dan membuat mereka lebih mudah terkena penyakit.
Racun serangga juga mengurangkan jumlah sel darah putih dan limfosit yang melawan penyakit. Ini akan melemahkan keupayaan sel darah putih bertindak untuk menghapuskan bakteria dan virus.
Sayur-sayuran dicemari racun serangga. Susu, daging dan ayam disuntik dengan antibiotik dan hormon pertumbuhan. Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
Kini terdapat lebih dari 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran kita yang sebelum ini tidak pernah kedengaran.
Bagaimana dengan pencemaran udara dan air?

4. Tekanan

Tekanan menyebabkan badan kita mengeluarkan bahan kimia yang menjejaskan fungsi imun. Ini menyebabkan kita mempunyai risiko yang tinggi terhadap segala jenis jangkitan.
Bagaimana dan apa yang kita fikirkan mempengaruhi sistem imun. Kajian terbaharu mendapati bahawa sel otak mengeluarkan bahan kimia untuk sistem imun.

No comments:

Post a Comment

Produk Kesihatan 4 Life Transfer Factor

Photobucket Photobucket Photobucket